Tuesday, October 20, 2015

Selamat Tinggal Along

Along atau nama sebenarnya Kosyam Kadir berusia 29 tahun hidup dan membesar di sebuah kampung baru PPRT sejagup di daerah Teluk intan. Beliau adalah anak sulung dari empat orang adik beradik, ketiga-tiga adiknya adalah perempuan.

Keadaan keluarga yang miskin serta ayah yang tidak bertanggungjawab membuatkan Along memasang cita-cita besar buat ibu tercinta. Along pernah menangguhkan pengajiannya di UTM skudai selama satu sem pada tahun 2006 bagi menyelamatkan hubungan antara ayah dan ibunya. Pada tahun 2009 ibu Along atau aku biasa memanggilnya dengan" cik chah" berjaya bercerai, kali ini dengan bantuan dan sokongan along kerana Ayahnya sering memukul cik chah.

Along sangat baik! itu sahaja yang aku mampu cakap. Dia yang bekerja di Johor sebagai engineer menjadi tonggak keluarga. Along baru sahaja bekerja di johor hampir dua tahun tetapi sudah menyimpan duit untuk membawak ibu dan tiga orang adiknya mengerjakan umrah pada bulan jun lepas namun hasratnya tidak menjadi kerana salah seorang dari adiknya tidak dapat cuti kalau tak silap..

Teringat masa aku berada di Yemen dulu, dia pernah kirimkan rm 1500 sedangkan kami tiada sebarang ikatan keluarga kecuali saudara seIslam. Alahdulillah aku sempat berjumpanya sebulan selepas sampai di Malaysia.

Aku tak tahu macam mana nk ceritakan tentang along ni, mungkin dia manusia biasa bagi sesetengah orang tapi hebat bagi aku dan sangat bertanggungjawab. Along jarang memikirkan tentang diri sendiri, pada umur 29 tahun masih belum mencari pasangan hidup dan berusaha mengubah dan membahagiakan keluarga terutama ibunya. 

Belum tercapai impian along untuk melihat ibunya duduk di rumah baru, belum sempat melihat adiknya memegang ijazah, Along telah dipanggil Allah. Mungkin Allah lebih sayangkannya, Mungkin Allah mahu dia berehat dari kepenatan dunia untuk membahagiakan keluarga. Aku doakan Along bersama orang2 yang soleh dan mendapat segala kenikmatan sebenar yang Allah janjikan untuk hamba-hambanya yang baik. 

Pemergian Along di tangisi oleh  orng yang mengenalinya. Jenazah Along disolatkan oleh kenalan, kebanyakan mereka datang dari jauh. Mungkin ini bukti dia seorang yang sangat baik.


Monday, May 26, 2014

KEBAIKAN BEKAM MENGIKUT PANDANGAN ISLAM




Assamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tahukah anda bahawa amalan berbekam adalah satu keperluan dalam kehidupan seharian kita sekarang. Dewasa ini, kita terdedah dengan pelbagai penyakit yang menyebabkan kesejahteraan hidup ita terjejas. Faktor yang terbesar ialah berpunca daripada pemakanan kita yang kurang  berzat dan mengandungi pelbagai menambah perasa yang membahayakan kesihatan.

Tambahan alam sekitar yang tercemar dan gaya hidup yang tidak seimbang menyumbang kepada pengumpulan toksin dalam badan kita. Pakar-pakar kesihatan bertungkus lumus membuat ubat dan penawar untuk mengeluarkan toksin dalam badan. Seterusnya diambil peluang oleh ahli-ahli bisnes membuat pelbagai produk untuk menjana peluang keuntungan.

Namun kita lupa bahawa Nabi Muhammad saw telah mengajar kita tentang berbekam. Ada banyak hadis yang memperkatakan tentang amalan berbekam. Antaranya ialah;-
“Berbekamlah… jangan membiarkan darah yang berlebihan melimpah,maka ia akan membunuhmu.”
( Hadis riwayat Bukhari Muslim )
Mengikut kajian, selepas 3 bulan sel darah merah didalam tubuh kita akan mati, ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak, Sel darah kotor ini akan berkumpul dilapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan.Sel darah ini akan digantikan oleh sel darah merah baru yang mengandungi Oksigen dan nutrient yang diperlukan oleh sel tubuh.

Sel darah yang rosak ( toksin) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam system aliran darah menyebabkan kapilari tersekat & tersumbat. Maka kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan & kegagalan fungsi system limfa, ginjal, hati & akhirnya menyebabkan pelbagai penyakit kronik.
Rawatan yang terbaik adalah dengan berbekam! hanya semudah itu. Tidak perlu rawatan yang canggih-canggih dan mahal. Walaupun rawatan bekam adalah amalan kuno namun ia adalah saranan dari Rasululah saw. Tidak ada daripada Rasulullah saw perkara yang sia-sia.

Kini, ramai pakar perubatan dari barat telah mengakui kehebatan amalan berbekam. Justeru, kita sebagai umat Rasulullah saw perlulah lebih menghargai amalan ini.
Dengan mendalami ilmu berbekam, kita bukan sahaja dapat merawat diri sendiri dan keluarga, malah berpeluang menjana pendapatan sampingan atau utama. Malah ia adalah pekerjaan yang mulia.
Sebaik-baik hamba adalah jurubekam, ia membuang darah, melembutkan yang keras dan mencerahkan pandangan” Hadis Riwayat Tarmizi”
Namun, bagi kebanyakkan orang tidak mengetahui tentang berbekam. Mengikut kajian :-
  • Hanya 20 % umat Islam yang tahu tentang bekam
  • Hanya 10 % umat Islam yang pernah berbekam
Kebanyakkan orang keliru faedah berbekam dengan derma darah. Sebenarnya terlalu banyak perbezaan antara keduanya.


kursus bekam, kursus refleksologi

Tuesday, July 17, 2012

Utamakan Product Muslim

aku bukan racist.....

tp kalau dihadapan kita ada pilihan so pilihla product islam...
contoh situasi:

kita nk beli ubat gigi. ade dua kedai berhampiran satu kedai cina satu lg kedai melayu, xkn benda basic mcm ni pon kita xleh nk fikir?

ok...lps 2 korang pon sampai la kt kedai melayu ni. dihadapan korang ade bnyk pilihan ubat gigi antaranya colgate, darli n ubat gigi mukmin... aku rase xperlu nk kne ajar kot beli la product islam ni...ko nk harapkn cina beli ubat gigi mukmin? kirim salam.................



kenapa mesti beli product muslim???

1-sbb product islam ni kita lebih berkeyakinan nk pakai, dh confirm2 la xde babi ke ape...product org2 kafir dia peduli ape sume2 2...asal bulih duit dorang belasah je...



2-sbb org islam ni kalau dpt duit n kaye raye pon dia kne bayar zakat so duit tu pusing2 kt org islam balik...


3-org islam dpt duit or rezki dia bersyukur n dia sedekah jgk duit tu..bila msuk waktu solat dia sujud kt allah...kalau bg duit kt org kafir dia g enjoy xpon wat tokong..


4-ekonomi org melayu islam kt malaysia ni perlukan sokongn dari kita.. org melayulah yg paling bnyk berbelanja n bangsa lain yg paling bnyk menerima habuannya...



aku xde ape2 kepentingn untuk promosi ubat gigi mukmin or kedai2 melayu...aku xde kedai lagi setakat ni. tp perasaan sedih ngn segelintir umat melayu ni la yg aku luahkn n nasihat supaya kita blh beringat. tokey ubatb gigi mukmin tu xde bg satu sen pon kt aku.


Monday, February 13, 2012

Menyelami perasaan cemburu

Cemburu

Ia hadir tanpa diminta, Seperti cinta..
Memeritkan mata, telinga, Jiwa..
Hati seperti dirobek-robek, Meronta...
Seperti diratah-ratah seluruh anggota..

Cemburu itu apa sebenarnya?
Adakah ia anugerah nikmat bercinta?
Atau ia sekadar mainan senja?
Apabila malam tiba berlalulah cemburu buta..
Aku pasti ia datang dari Pencipta..
Pasti ada hikmah yang sangat mulia...

Wajah tersenyum ini menyimpan duka..
Dek cemburu mencengkam raga..
Aku terSesat dalam mencari bahagia..
Maafkanlah Aku Jiwa..
Sering membuat kau kecewa, Merana..
 
 
 
 
 
 
 
 

Wednesday, February 1, 2012

Coretan Hati Malam Minggu di Shah Alam

Yaman....

Bumi dimana Ali bin Abi talib bersama Muaz diutuskan..
Negerinya diberikan hikmah dan iman...
Kata Rasul rakyatnya memiliki hati yang budiman..
walaupun sering dilihat kurang sopan...

Yaman...

Ya Allah pulangkanlah aku semula kesana..
Ingin ku tebus segala kejahatan dan dosa..
Menjadi pelajar yang bijaksana..
Bukan hanya membuang masa..

Yaman..

Hidupku kini seperti tiada makna..
Akal fikiran seperti tidak berguna..
Kerna asyik mengenang yang jauh di sana..
Ya Allah...Ya Allah...aku tiada bermaya..

Yaman...

Kau di sana...dan aku terus disini..
Memegang buku account yang sangat dibenci!..
Kononnya ilmu perniagaan yang dipelajari...
Tiada minat..tiada upaya diri...
Aku tahu bukan ilmu ini yang aku cari-cari..
Namun aku tetap di sini..sehingga ke hari ini...

Yaman..

Serulah nama ku...
Jadikanlah aku sebahagian darimu..
Hati ini telah terpaut dan ters merinduimu..
Di sini jasad dan di sanaa' ruhku..
Biarlah bersemadi di sana jasad ku...

Wednesday, September 21, 2011

Masa Adalah Ubat Yang Mujarab

Beginilah hidup, seolah-olah bersahabat dengan "kesedihan". sejak kecil kita sering didatanginya walaupun hakikatnya kita sangat membencinya. Entah berapa kali kita telah dilanda kesedihan sepanjang hidup kita ini, dan entah berapa ratus kali telah kita halau jauh-jauh perasaan ini namun dia tetap kembali, menghampiri dan mendampingi kita. Kata orang inilah warna kehidupan, aku masih tercari-cari apakah warna dia sebenarnya, mungkinkah hitam! atau merah menyala seperti api yang dahagakan air mata.

Aku tertanya-tanya apakah status "kesedihan" pada kita sebagai orang islam dan insyallah beriman. Apakah kita perlu menganggap dia sebagai musuh atau sebagai teman. Jika kita menganggap dia musuh tidak salah kita membencinya dan begitu juga sebaliknya jika kita menganggap dia teman tidak salah kita mencintai dan merindui kedatangannya.Ketika dilanda kesedihan, kita menangis mengenangkan nasib seolah-olah kita tidak lagi mampu keluar dari selimut kesedihan itu. Seperti ia tidak akan pergi buat selama-lamanya. Namun bila masa berlalu, dia membawa bersama kesedihan itu pergi. Terbukti kita masih belum mengenalinya walaupun dari kecil kita sudah bergaul dengannya.


Hari ini kita sendiri telah lupa berapa banyak sudah babak-babak kesedihan yang telah kita lalui sedangkan ketika kita menghadapinya seperti tiada daya, hilang segala upaya, tiada penghujungnya. Ramai yang tertipu dengannya, sehingga ada yang sanggup membunuh diri. Mungkin mereka fikir mati sebagai pengubat, mereka silap, mati sebegitu sebagai azab dan mereka bakal melalui detik-detik cemas kesedihan dan kesakitan yang tiada penghujungnya akibat tidak amanah dengan nyawa yang Allah pinjamkan.


Tidak kisahlah apa statusnya, teman atau musuh akan aku hadapinya dengan bijaksana. Aku sangat masak dan cukup mengenalinya kini. Kehidupan ini luas jika dilihat dari demensi akhirat, tiada apa untuk dibandingkan dengan kesedihan kita yang tak seberapa ini. Aku percayakan janji tuhan bagi orang-orang yang sabar ganjarannya besar.