Setiap lelaki ada cerita mereka yang tersendiri. Aku memilih untuk menulis sebahagian kisah hidup dan buah fikiran aku untuk dikongsikan mungkin menjadi manfaat kepada pembaca dan kenangan untuk diri aku sendiri
Friday, November 12, 2010
Thursday, September 16, 2010
Konsep Usaha dan Tawakkal
“Assalamualaikum.. Assalamualaikum,”
Rakan saya yang sedang tidur nyenyak terjaga setelah beberapa kali rumahnya diberi salam. Pintu rumah terus diketuk, “Assalamualaikum!”, dia bingkas bangun dari tidur dan membasuh muka, cepat-cepat dia buka pintu “Waalaikumsalam” terkejut apabila melihat sekumpulan jemaah Tabligh dari Malaysia di hadapan rumahnya. “Waalaikumsalam, masuk la dulu” jemput rakan saya kepada jemaah tersebut. Sebenarnya dia terkejut kerana biasanya suasana seperti ini berlaku di Malaysia tak sangka pula mereka sampai ke sini.
Wednesday, September 15, 2010
Cinta Tanpa Syarat
Terkesanya baca artikel ustaz hasrizal ni. saya share ngn kawan untuk bacaan ye...hope ada yang terkesan macam saya jugak hehe selamat membaca.....
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Al-Israa’ 17: 24)
Sunday, September 12, 2010
BILA PENA BERBICARA
BILA PENA MULA BICARA
SEAKAN SEMUA INGIN DICERITA
BIAR SEMUA TAHU APA YANG TERSIRAT
AGAR MEREKA RASA LARA SEORANG PENA
KERANA DUKA PENA SEKIAN LAMA
BIARKAN PENA ITU MENARI
KALAU ITU YANG DIA MAHU
BIARKAN LANGKAHYA SUMBANG
ASALKAN HATINYA SENANG,
ASALKAN DAPAT KETENANG DIJIWA
SAAT BILA PENA MULA BICARA
BILA PENA MULA BICARA
TIADA PENGHUJUNG BAGINYA
KERANA HAYAT MASIH ADA
SELAGI ITU PENA AKAN TERUS BICARA
MAHU PENGAKHIRAN BAHAGIA
SETELAH KESUNYIAN TELAH LAMA MEMELUK
BILA PENA MULA BICARA
SUDUT ISIHATINYA MAHU BEGITU
MAHU DILUAH TIDAK MAMPU
DISIMPAN TIDAK TERDAYA LAGI
BIARLAH IA TERUS BICARA DISINI
KERANA DUNIA SEORANG PENA HANYA SEHELAI KERTAS
Monday, September 6, 2010
KENANGAN LAILATUL QADAR
Lailatul qadar itu sudah Allah janjikan dalam alquran. Pada malam itu ibadah lebih baik dari 1000 bulan. Mengikut ape yang saya tau malam itu berlaku pada hari ganjil 10 malam terakhir. Bertuah dan beruntunglah mereka yang mendapat lailatulqadar.
Friday, September 3, 2010
PESANAN UNTUK SAUDARI
Kenapakah sungguh lemah kaum hawa itu??
Asyik berteman tangis dan sendu sahaja..
Bukan wanita itu lemah dek tangisan dan sendunya.
Tetapi disitulah kekuatan yang bisa menjadi izzah yang paling gah
Tetapi disitulah kekuatan yang bisa menjadi izzah yang paling gah
Bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki
Kerana sendu rayunyalah Musa a.s terselamat dari kekejaman Firaun
Lembut wanita itu bukan lemah, tetapi senjata
Namun bukankah wanita itu fitnah dunia??
Pernahkah saudari dengar pesanan Ilahi kepada hambanya
“wahai lelaki-lelaki yang beriman tundukkanlah pandanganmu dan
“wahai lelaki-lelaki yang beriman tundukkanlah pandanganmu dan
tutupkanlah auratmu”
Cuba saudari nilai
Pada siapakah terlebih dahulu Allah dahulukan pesanannya?
Pada hamba yang bergelar ar-Rijal
Pada hamba yang bergelar ar-Rijal
Kerana andai lelaki menjaga pandangannya
Maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah bagi dirinya
Maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah bagi dirinya
Dan tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita agar memelihara auratnya
Kerana disitulah kehormatannya…..
Sesungguhnya wanita yang beriman,
Sesungguhnya wanita yang beriman,
yang solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh
Kenapa wanita itu menjadi peragaan??
Tidakkah mereka merasa malu??
Al-haya’ (sifat malu) ada dalam sifat setiap insan.
Wujudnya seiring dengan nafas insan
Dan al-Haya’ itulah pakaian iman.
Pada diri wanita itu indah al-Haya’ sebagai pembenteng diri
Namun bila al-Haya’ itu lebur, imannya runtuh.
Kenapa mereka merelakan diri jadi pergaan??
Kerana mereka sebenarnya paranoid,
Merasakan diri belum cukup menarik
Merasakan diri belum cukup menarik
Mereka sebenarnya kalah dari segi psikologi
Wanita solehah pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu
1001 keindahan penciptaan wanita, diatas dikau menilai
antara permata dan debu-debu kilauan pasir
Janganlah dikau gusar tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu….
Janganlah sekali-kali engkau merendahkan dirimu…
Menggugurkan diri… Menyembah bumi…
Sedangkan engkau sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatmu.....
Wednesday, September 1, 2010
PENGHINAAN TERHADAP ALLAH
Seorang rakan saya ada tagkkan satu gambar di facebook saya hari ini. Sangat terkejut sebaik melihat gambar tersebut!. Saya letak di blog ini untuk kawan-kawan lihat dan nilai sendiri luahan hati/penghinaan sahabat-sahabat kita dari kaum cina.
Inilah yang berlaku bila assabiah yang menebal! pergaduhan bangsa dilibatkan agama!akhirnya agama menjadi cacian! Allah dimainkan!.Saya mengharapkan pihak bertanggungjawab mengambil tindakan kepada budak perempuan ini!. kalau tulisan kecil, tak nampak pakai kanta ye...sila sebarkan!!
Inilah yang berlaku bila assabiah yang menebal! pergaduhan bangsa dilibatkan agama!akhirnya agama menjadi cacian! Allah dimainkan!.Saya mengharapkan pihak bertanggungjawab mengambil tindakan kepada budak perempuan ini!. kalau tulisan kecil, tak nampak pakai kanta ye...sila sebarkan!!
Subscribe to:
Posts (Atom)



