Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kebangkitan rakyat Tunisia yang berjaya menjatuhkan kerajaannya yang dikatakan zalim dan menindas rakyat. Kemudian kita dikejutkan sekali lagi oleh kebangkitan rakyat Mesir yang ingin menjatuhkan Hosni mubarak dan kerajaan pimpinannya. Kini rakyatYemen pula mula bangkit setelah melihat kedua-dua negara tersebut yang mana rakyat Tunisia telahpun berjaya dan rakyat Mesir kini hampir-hampir berjaya menumbangkan kerajaannya. Mengikut apa yang saya dengar selepas ini Algeria pula akan menjadi tumpuan dunia dengan kebangkitan rakyatnya. Saya percaya kebangkitan demi kebangkitan rakyat terutama di negara-negara arab ini adalah mengikut perancangan Amerika supaya mereka dapat campur tangan. Itu cuma andaian saya.
Setiap lelaki ada cerita mereka yang tersendiri. Aku memilih untuk menulis sebahagian kisah hidup dan buah fikiran aku untuk dikongsikan mungkin menjadi manfaat kepada pembaca dan kenangan untuk diri aku sendiri
Saturday, February 5, 2011
Friday, February 4, 2011
Masuk Hospital
Alhamdulillah skarng saya dah sehat sepenuhnye setelah empat hari berulang alik ke hospital. Di sini bukan macam malaysia kita ade hospital kerajaan lepas tu pulak servis bagus. Sini lain sangat-sangat! dengan doktor arab yang kasarnya, dengan mahalnya dah la hospital jauh dari rumah nak kena naik teksi yang mahal. Entah dah berapa jarum saya kena cucuk, saya ni dah la jenis takut jarum tambah-tambah ni pngalaman pertama kena sakit macam ni.
Friday, November 12, 2010
Thursday, September 16, 2010
Konsep Usaha dan Tawakkal
“Assalamualaikum.. Assalamualaikum,”
Rakan saya yang sedang tidur nyenyak terjaga setelah beberapa kali rumahnya diberi salam. Pintu rumah terus diketuk, “Assalamualaikum!”, dia bingkas bangun dari tidur dan membasuh muka, cepat-cepat dia buka pintu “Waalaikumsalam” terkejut apabila melihat sekumpulan jemaah Tabligh dari Malaysia di hadapan rumahnya. “Waalaikumsalam, masuk la dulu” jemput rakan saya kepada jemaah tersebut. Sebenarnya dia terkejut kerana biasanya suasana seperti ini berlaku di Malaysia tak sangka pula mereka sampai ke sini.
Wednesday, September 15, 2010
Cinta Tanpa Syarat
Terkesanya baca artikel ustaz hasrizal ni. saya share ngn kawan untuk bacaan ye...hope ada yang terkesan macam saya jugak hehe selamat membaca.....
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Al-Israa’ 17: 24)
Sunday, September 12, 2010
BILA PENA BERBICARA
BILA PENA MULA BICARA
SEAKAN SEMUA INGIN DICERITA
BIAR SEMUA TAHU APA YANG TERSIRAT
AGAR MEREKA RASA LARA SEORANG PENA
KERANA DUKA PENA SEKIAN LAMA
BIARKAN PENA ITU MENARI
KALAU ITU YANG DIA MAHU
BIARKAN LANGKAHYA SUMBANG
ASALKAN HATINYA SENANG,
ASALKAN DAPAT KETENANG DIJIWA
SAAT BILA PENA MULA BICARA
BILA PENA MULA BICARA
TIADA PENGHUJUNG BAGINYA
KERANA HAYAT MASIH ADA
SELAGI ITU PENA AKAN TERUS BICARA
MAHU PENGAKHIRAN BAHAGIA
SETELAH KESUNYIAN TELAH LAMA MEMELUK
BILA PENA MULA BICARA
SUDUT ISIHATINYA MAHU BEGITU
MAHU DILUAH TIDAK MAMPU
DISIMPAN TIDAK TERDAYA LAGI
BIARLAH IA TERUS BICARA DISINI
KERANA DUNIA SEORANG PENA HANYA SEHELAI KERTAS
Monday, September 6, 2010
KENANGAN LAILATUL QADAR
Lailatul qadar itu sudah Allah janjikan dalam alquran. Pada malam itu ibadah lebih baik dari 1000 bulan. Mengikut ape yang saya tau malam itu berlaku pada hari ganjil 10 malam terakhir. Bertuah dan beruntunglah mereka yang mendapat lailatulqadar.
Subscribe to:
Posts (Atom)


