Wednesday, March 16, 2011

Memorandum Untuk Kedutaan


MEMORANDUM

MENDESAK TINDAKAN SEGERA BERHUBUNG
ISU KESELAMATAN PELAJAR MALAYSIA DI YAMAN

13 MAC 2011

Kepada:

TUAN YANG TERUTAMA HJ ABDUL SAMAD BIN OTHMAN


KESELAMATAN RAKYAT MALAYSIA

PENDAHULUAN

Kebangkitan masyarakat arab di Negara-negara timur tengah khususnya di Tunisia dan Mesir telah banyak memberi kesan terhadap keadaan politik semasa Negara-negara arab sekitarnya. Kejatuhan rejim-rejim yang kejam dan diktator membuktikan suara rakyat merupakan suara majoriti dan berkuasa menjangkaui undang-undang ciptaan manusia. Sepanjang proses itu, rusuhan besar-besaran dilakukan untuk menunjukkan ketidakpuashatian setelah proses undang-undang tidak lagi dipercayai mereka. Keselamatan tidak lagi menjadi keutamaan demi mendapatkan sokongan untuk menjatuhkan sesebuah rejim. Sekarang, sedang berlaku di yaman. Kejatuhan rejim-rejim di Tunisia dan mesir di samping pergolakan politik dalaman Yaman, telah membuakkan lagi semangat rakyat yaman untuk keluar merusuh sejak sebulan yang lalu. Rusuhan tersebut semakin melebar dan memburuk setelah campur tangan perkumpulan yang bersenjata api. Akibat daripada itu, rusuhan telah meliputi kawasan utama Bandar Sana’a. Adapun terdapat rumah-rumah pelajar Malaysia yang terletak di kawasan terbabit. Sehubungan dengan itu, kami menuntut supaya pihak kerajaan dan kedutaan Malaysia agar isu-isu ini diambil perhatian dan diselesaikan

Sikap Tidak Tanggungjawab Pihak Kedutaan



  


Saturday, February 5, 2011

Demonstrasi dan Hak Rakyat



Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kebangkitan rakyat Tunisia yang berjaya menjatuhkan kerajaannya yang dikatakan zalim dan menindas rakyat. Kemudian kita dikejutkan sekali lagi oleh kebangkitan rakyat Mesir yang ingin menjatuhkan Hosni mubarak dan kerajaan pimpinannya. Kini rakyatYemen pula mula bangkit setelah melihat kedua-dua negara tersebut yang mana rakyat Tunisia telahpun berjaya dan rakyat Mesir kini hampir-hampir berjaya menumbangkan kerajaannya. Mengikut apa yang saya dengar selepas ini Algeria pula akan menjadi tumpuan dunia dengan kebangkitan rakyatnya. Saya percaya kebangkitan demi kebangkitan rakyat terutama di negara-negara arab ini adalah mengikut perancangan Amerika supaya mereka dapat campur tangan. Itu cuma andaian saya.

Friday, February 4, 2011

Masuk Hospital


Alhamdulillah skarng saya dah sehat sepenuhnye setelah empat hari berulang alik ke hospital. Di sini bukan macam malaysia kita ade hospital kerajaan lepas tu pulak servis bagus. Sini lain sangat-sangat! dengan doktor arab yang kasarnya, dengan mahalnya dah la hospital jauh dari rumah nak kena naik teksi yang mahal. Entah dah berapa jarum saya kena cucuk, saya ni dah la jenis takut jarum tambah-tambah ni pngalaman pertama kena sakit macam ni.

Friday, November 12, 2010

Akibat Meliwat Dan Membunuh


Saya tak berapa tau tentang jalan cerita si penjenayah ini kena tangkap. Tapi inilah hukuman bagi meliwat dan membunuh. Mengikut cerita orang dia ni meliwat seorang kanak-kanak lelaki dan membunuhnya. Saya cume tau setakat itu sahaja. Di sini ada empat keping gambar yang dapat saya kongsikan.

Thursday, September 16, 2010

Konsep Usaha dan Tawakkal



“Assalamualaikum.. Assalamualaikum,”

Rakan saya yang sedang tidur nyenyak terjaga setelah beberapa kali rumahnya diberi salam. Pintu rumah terus diketuk, “Assalamualaikum!”, dia bingkas bangun dari tidur dan membasuh muka, cepat-cepat dia buka pintu “Waalaikumsalam” terkejut apabila melihat sekumpulan jemaah Tabligh dari Malaysia  di hadapan rumahnya. “Waalaikumsalam, masuk la dulu” jemput rakan saya kepada jemaah tersebut. Sebenarnya dia terkejut kerana biasanya suasana seperti ini berlaku di Malaysia tak sangka pula mereka sampai ke sini.


Wednesday, September 15, 2010

Cinta Tanpa Syarat

 Terkesanya baca artikel ustaz hasrizal ni. saya share ngn kawan untuk bacaan ye...hope ada yang terkesan macam saya jugak hehe selamat membaca.....
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Al-Israa’ 17: 24)