Tuesday, October 20, 2015

Selamat Tinggal Along

Along atau nama sebenarnya Kosyam Kadir berusia 29 tahun hidup dan membesar di sebuah kampung baru PPRT sejagup di daerah Teluk intan. Beliau adalah anak sulung dari empat orang adik beradik, ketiga-tiga adiknya adalah perempuan.

Keadaan keluarga yang miskin serta ayah yang tidak bertanggungjawab membuatkan Along memasang cita-cita besar buat ibu tercinta. Along pernah menangguhkan pengajiannya di UTM skudai selama satu sem pada tahun 2006 bagi menyelamatkan hubungan antara ayah dan ibunya. Pada tahun 2009 ibu Along atau aku biasa memanggilnya dengan" cik chah" berjaya bercerai, kali ini dengan bantuan dan sokongan along kerana Ayahnya sering memukul cik chah.

Along sangat baik! itu sahaja yang aku mampu cakap. Dia yang bekerja di Johor sebagai engineer menjadi tonggak keluarga. Along baru sahaja bekerja di johor hampir dua tahun tetapi sudah menyimpan duit untuk membawak ibu dan tiga orang adiknya mengerjakan umrah pada bulan jun lepas namun hasratnya tidak menjadi kerana salah seorang dari adiknya tidak dapat cuti kalau tak silap..

Teringat masa aku berada di Yemen dulu, dia pernah kirimkan rm 1500 sedangkan kami tiada sebarang ikatan keluarga kecuali saudara seIslam. Alahdulillah aku sempat berjumpanya sebulan selepas sampai di Malaysia.

Aku tak tahu macam mana nk ceritakan tentang along ni, mungkin dia manusia biasa bagi sesetengah orang tapi hebat bagi aku dan sangat bertanggungjawab. Along jarang memikirkan tentang diri sendiri, pada umur 29 tahun masih belum mencari pasangan hidup dan berusaha mengubah dan membahagiakan keluarga terutama ibunya. 

Belum tercapai impian along untuk melihat ibunya duduk di rumah baru, belum sempat melihat adiknya memegang ijazah, Along telah dipanggil Allah. Mungkin Allah lebih sayangkannya, Mungkin Allah mahu dia berehat dari kepenatan dunia untuk membahagiakan keluarga. Aku doakan Along bersama orang2 yang soleh dan mendapat segala kenikmatan sebenar yang Allah janjikan untuk hamba-hambanya yang baik. 

Pemergian Along di tangisi oleh  orng yang mengenalinya. Jenazah Along disolatkan oleh kenalan, kebanyakan mereka datang dari jauh. Mungkin ini bukti dia seorang yang sangat baik.