Wednesday, September 21, 2011

Masa Adalah Ubat Yang Mujarab

Beginilah hidup, seolah-olah bersahabat dengan "kesedihan". sejak kecil kita sering didatanginya walaupun hakikatnya kita sangat membencinya. Entah berapa kali kita telah dilanda kesedihan sepanjang hidup kita ini, dan entah berapa ratus kali telah kita halau jauh-jauh perasaan ini namun dia tetap kembali, menghampiri dan mendampingi kita. Kata orang inilah warna kehidupan, aku masih tercari-cari apakah warna dia sebenarnya, mungkinkah hitam! atau merah menyala seperti api yang dahagakan air mata.

Aku tertanya-tanya apakah status "kesedihan" pada kita sebagai orang islam dan insyallah beriman. Apakah kita perlu menganggap dia sebagai musuh atau sebagai teman. Jika kita menganggap dia musuh tidak salah kita membencinya dan begitu juga sebaliknya jika kita menganggap dia teman tidak salah kita mencintai dan merindui kedatangannya.Ketika dilanda kesedihan, kita menangis mengenangkan nasib seolah-olah kita tidak lagi mampu keluar dari selimut kesedihan itu. Seperti ia tidak akan pergi buat selama-lamanya. Namun bila masa berlalu, dia membawa bersama kesedihan itu pergi. Terbukti kita masih belum mengenalinya walaupun dari kecil kita sudah bergaul dengannya.


Hari ini kita sendiri telah lupa berapa banyak sudah babak-babak kesedihan yang telah kita lalui sedangkan ketika kita menghadapinya seperti tiada daya, hilang segala upaya, tiada penghujungnya. Ramai yang tertipu dengannya, sehingga ada yang sanggup membunuh diri. Mungkin mereka fikir mati sebagai pengubat, mereka silap, mati sebegitu sebagai azab dan mereka bakal melalui detik-detik cemas kesedihan dan kesakitan yang tiada penghujungnya akibat tidak amanah dengan nyawa yang Allah pinjamkan.


Tidak kisahlah apa statusnya, teman atau musuh akan aku hadapinya dengan bijaksana. Aku sangat masak dan cukup mengenalinya kini. Kehidupan ini luas jika dilihat dari demensi akhirat, tiada apa untuk dibandingkan dengan kesedihan kita yang tak seberapa ini. Aku percayakan janji tuhan bagi orang-orang yang sabar ganjarannya besar. 



Wednesday, August 24, 2011

Ujian Ramadhan Yang Dasyat

Tak tahu la macam mana nak mula cerita, tapi bagi aku pengalaman ini betul-betul terasa diuji dengan ujian yang sangat mencabar jiwa dan emosi. Aku terduduk melihat qada’ dan qadar menghampiriku, mungkin untuk menguatkan iman yang semakin goyah, mungkin juga mengajar aku erti sabar dan tawakkal. Aku mulai belajar redha

Peristiwa ini bermula di KL, aku pergi ziarah kawan-kawan yang duduk di sekitar KL dan sorang kawan aku di icu hospital di Klang kerana kencing tikus. Dua hari selepas aku menziarahi dia, aku dapat berita dia meninggal dunia. Innalillahi waninna ilaihi raji’un dari Allah kami datang kepada Allah kami kembali. Tentang sahabat aku tu insyaallah next entry aku akan tuliskan dan akan letakkan beberapa keeping gambar sebagai kenangan. Hari ini aku nak ceritakan tentang ujian yang menimpa aku sendiri.

Sunday, May 29, 2011

Teruskan Membaling Batu!!

Segar lagi dalam ingatan ini peristiwa masa tu. Bertegang leher aku mempertahankan pendapat aku. Sebenarnya aku ni bukan la nak menang sangat bila berdebat tu, tapi kali ni isunya betul-betul menaikkan emosi aku. Saja aku nak kangsikan perdebatan ni dengan korang mungkin ada antara korang yang sependapat dengan aku or kawan aku ni sama-sama kita fikirkan balik.

Peristiwa ni berlaku masa baru seminggu aku menghirup udara malaysia setelah hampir dua tahun aku tinggalkannya. Masa tu aku tengah semangat jumpa kawan-kawan kt perak. Ada yang datang ke rumah, ada yang aku pergi rumah dorang, ada yang sekadar jumpa minum-minum kat mamak, tak kisahlah jumpa kat mana pun point dia nak jumpa dan berbual kisah-kisah lama dan perancangan masa depan, itu saja.

Friday, May 20, 2011

Antara PeriKemanusiaan

Assalamualaikum..Dah lama blog ni sunyi dari entry, hari ni saja aku nk share satu pengalaman best. Alhamdulillah dah hampir dua bulan rasanya aku tiba di Malaysia. Ramai orang tanya berapa lama aku cuti? soalan ni mmang paling aku takberapa suke. Untuk pengetahuan semua, aku sendiri pun tak tahu bila unversiti kt sana tu buka and yemen kembali aman seperti sedia kala, so sementara nk tunggu semua tu berlaku aku cari-cari la pendapatan sikit. Memang agak pening fikir sumber mana aku nak cari tu. Mula-mula sekali aku plan nk mengajar je kt skola agama ke skola kebangsaan ke jadi guru ganti, dah cuba apply pun, pengalaman tu, nanti aku cerita kt post akan datang. 

Selepas sebulan guling-guling kt rumah, aku betul-betul bosan tahap ape entah, aku buat keputusan kerja je apa-apa asalkan duit masuk. Sebelum ni aku fikir mmng tak nak kerja kt pasaraya ke, kedai makan ke sebab masa tunggu risult SPm and StpM dulu dah puas kerja-kerja macam tu. Apa nak buat aku bukan anak orang kaye yg boleh makan duit mak ayah senang2, mak n ayah aku bukan ade syarikat kalau aku nk kerja ngn dorang, so aku takde peluang nk memilih, "kerja je apa-apa yang ada!" kate mak aku.

Wednesday, March 16, 2011

Memorandum Untuk Kedutaan


MEMORANDUM

MENDESAK TINDAKAN SEGERA BERHUBUNG
ISU KESELAMATAN PELAJAR MALAYSIA DI YAMAN

13 MAC 2011

Kepada:

TUAN YANG TERUTAMA HJ ABDUL SAMAD BIN OTHMAN


KESELAMATAN RAKYAT MALAYSIA

PENDAHULUAN

Kebangkitan masyarakat arab di Negara-negara timur tengah khususnya di Tunisia dan Mesir telah banyak memberi kesan terhadap keadaan politik semasa Negara-negara arab sekitarnya. Kejatuhan rejim-rejim yang kejam dan diktator membuktikan suara rakyat merupakan suara majoriti dan berkuasa menjangkaui undang-undang ciptaan manusia. Sepanjang proses itu, rusuhan besar-besaran dilakukan untuk menunjukkan ketidakpuashatian setelah proses undang-undang tidak lagi dipercayai mereka. Keselamatan tidak lagi menjadi keutamaan demi mendapatkan sokongan untuk menjatuhkan sesebuah rejim. Sekarang, sedang berlaku di yaman. Kejatuhan rejim-rejim di Tunisia dan mesir di samping pergolakan politik dalaman Yaman, telah membuakkan lagi semangat rakyat yaman untuk keluar merusuh sejak sebulan yang lalu. Rusuhan tersebut semakin melebar dan memburuk setelah campur tangan perkumpulan yang bersenjata api. Akibat daripada itu, rusuhan telah meliputi kawasan utama Bandar Sana’a. Adapun terdapat rumah-rumah pelajar Malaysia yang terletak di kawasan terbabit. Sehubungan dengan itu, kami menuntut supaya pihak kerajaan dan kedutaan Malaysia agar isu-isu ini diambil perhatian dan diselesaikan

Sikap Tidak Tanggungjawab Pihak Kedutaan



  


Saturday, February 5, 2011

Demonstrasi dan Hak Rakyat



Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kebangkitan rakyat Tunisia yang berjaya menjatuhkan kerajaannya yang dikatakan zalim dan menindas rakyat. Kemudian kita dikejutkan sekali lagi oleh kebangkitan rakyat Mesir yang ingin menjatuhkan Hosni mubarak dan kerajaan pimpinannya. Kini rakyatYemen pula mula bangkit setelah melihat kedua-dua negara tersebut yang mana rakyat Tunisia telahpun berjaya dan rakyat Mesir kini hampir-hampir berjaya menumbangkan kerajaannya. Mengikut apa yang saya dengar selepas ini Algeria pula akan menjadi tumpuan dunia dengan kebangkitan rakyatnya. Saya percaya kebangkitan demi kebangkitan rakyat terutama di negara-negara arab ini adalah mengikut perancangan Amerika supaya mereka dapat campur tangan. Itu cuma andaian saya.

Friday, February 4, 2011

Masuk Hospital


Alhamdulillah skarng saya dah sehat sepenuhnye setelah empat hari berulang alik ke hospital. Di sini bukan macam malaysia kita ade hospital kerajaan lepas tu pulak servis bagus. Sini lain sangat-sangat! dengan doktor arab yang kasarnya, dengan mahalnya dah la hospital jauh dari rumah nak kena naik teksi yang mahal. Entah dah berapa jarum saya kena cucuk, saya ni dah la jenis takut jarum tambah-tambah ni pngalaman pertama kena sakit macam ni.