Monday, September 6, 2010

KENANGAN LAILATUL QADAR

Lailatul qadar itu sudah Allah janjikan dalam alquran. Pada malam itu ibadah lebih baik dari 1000 bulan. Mengikut ape yang saya tau malam itu berlaku pada hari ganjil 10 malam terakhir. Bertuah dan beruntunglah mereka yang mendapat lailatulqadar.

Masa kecil-kecil dulu ustaz-ustazah selalu serita pasal laitatulqadar. Bermacam-macam cerita tentang malam itu. Malam itu juga ada tanda-tanda yang amat pelik dan unik. Antaranya pada malam itu tidak hujan, cuaca tidak panas dan tidak sejuk. Ada juga yang cakap malam itu pokok rukuk dan sujud pada qiblat dan yang paling dasyat sekali air menjadi keras. Entah la saya tak dapat pastikan sejauh mana betulnya fakta itu, sehingga kini saya belum lagi jumpa hadis yang menceritakan sedemikian. Namun ketika sekolah rendah dulu saya amat percaya dan sering menunggu keadaan tersebut.

Pada malam ke 27 ramadhan baru-baru ini saya dan seorang lagi rakan pergi ke masjid untuk solat tahjud. Di Yemen ini setiap masjid akan dibuka pada 10 akhir ramadhan dan solat tahjut secara berjemaah dari jam 1am-3.30am. saya dan rakan berjalan menuju ke masjid yang berhampiran rumah . sampai di sahaja di masjid tersebut sangat mengagumkan! Jemaah yang begitu ramai sehingga kami terpaksa solat di luar masjid. Imam membaca surah al-qiamah sambil menangis tersedu-sedu begitu juga makmum. Saya? Rahsia hehe. Bacaan imam terlalu panjang sehingga saya dan sahabat saya terpaksa mengalah dan tarik diri setelah selesai solat empat rakaat sahaja. 

Kami berjalan perlahan meninggalkan masjid. Dalam perjalanan tersebut saya pandang kanan dan kiri melihat malam yang hidup dan meriah di kota ini. Secara tiba-tiba saya ketawa seorang diri. Sahabat sy bertanya kenapa dengan saya namun saya diam sahaja dan terus ketawa. Sebenarnya saya teringat kisah silam yang sangat memalukan!. Ketika itu umur saya dalam lingkungan 10 tahun.

Kisah ini berlaku 13 tahun yang lalu. Saya masih ingt waktu itu permainan kegemaran remaja dan budak yang umur sebaya saya ialah kereta tamia. Saya juga gilakn permainan kereta itu. “ustaz cakap kalau kita doa apa-apa di makbulkan pada bulan puasa, abgja nk mintak kereta tamia la” kata saya kepada adik perempuan yang muda setahun dari saya. Saya tidak ingat apakah permintaan adik saya ketika ramadhan tahun itu.


Kami bersembang pasal macam-macam permintaan yang boleh di minta pada malam laitatulqadar. Akhirnya kami sepakat untuk meminta tongkat nabi Allah Musa. “kalau kita ade tongkat tu kita boleh mintak macam-macam, kita nak ape je kita sebut je kat tongkat tu mesti dapat, jadi tak payah la kita mintak kereka atau apa-apa yang lain” adik saya hanya mengiyakan sahaja. Mungkin ketika itu dia merasakan saya agak pandai dan pandang jauh kehadapan. Mintak satu barang sahaja dan dengan satu barang itu kita dapat mintak barang-barang yang lain. Bijak tak?


“kalau kita nk doa kita makbul kita kena jadi baik, kita tak boleh gaduh-gaduh dah lepas ni” nasihat saya kepada adik kerana ketika itu kami selalu berkelahi. Adik saya begitu excited mendengar setiap pesanan saya. Mungkin dia juga ada permintaan dengan tongkat tersebut. Hubungan kami menjadi sangat baik ketika itu. Bila ada je rasa nak bergaduh teringat balik pasal lailatulqadar terus tak jadi bergaduh. 

Bangunlah saya dan adik tersayang beribadat mintak supaya Allah berikan tongkat ajaib seperti yang diberikan kepada Nabi Allah Musa. Setiap kali bangun malam saya pasti akan berulang alik ke tandas untuk melihat sama ada air beku atau tidak. Begitu juga saya akan melihat ke luar tingkap melihat pokok-pokok adakah mereka rukuk dan sujud. Jika salah satu tanda itu berlaku saya akan terus berdoa kerana itu menunkkan lailatulqadar. Malam pertama kami hampa, kami teruskan beribadat tanpa sikit pun semangat yang luntur. Dari 10 malam akhir ramadhan sampailah pada malam aidil fitri kami dua beradik berdoa. Namun Allah tak tunaikan. 

Ketika itu macam-macam kesimpulan yang kami buat, mungkin kita banyak dosa la, mungkin ketika malam tersebut kami tak perasan la macam-macam la sebab yang keluar. “takpe puase taun depan kita cube lagi” kata saya kepada adik.

Bila masing-masing dah besar panjang ni kami akan ketawa kekuat-kuatnya mengenangkan kisah kanak-kanak kami dulu. Setiap kali ramadhan saya pasti akan teringat kisah itu. Saya yakin adik saya begitu juga. Dia pasti tengah teringat kenangan itu ketika ini. Bila bersama, saya selalu ungkitkan tentang zaman itu. Kami masing-masing rasa malu! dia akan marah bila kenangkan, mana tidaknya terasa diri dibodohkan macam tu je. Hakikatnya saya tidaklah nak memperbodohkan dia, saya sendiri pun percaya benda-menda itu. Memorie ini membuatkan saya rindu pada adik dan keluarga di Malaysia.

No comments:

Post a Comment