Friday, September 3, 2010

PESANAN UNTUK SAUDARI



Kenapakah sungguh lemah kaum hawa itu??
Asyik berteman tangis dan sendu sahaja..


Bukan wanita itu lemah dek tangisan dan sendunya.
Tetapi disitulah kekuatan yang bisa  menjadi izzah yang paling gah
Bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki
Kerana sendu rayunyalah Musa a.s terselamat dari kekejaman Firaun
Lembut wanita itu bukan lemah, tetapi senjata
  
Namun  bukankah wanita itu fitnah dunia??
  
Pernahkah saudari dengar pesanan Ilahi kepada hambanya
“wahai lelaki-lelaki yang beriman tundukkanlah pandanganmu dan
tutupkanlah auratmu”
Cuba saudari nilai
Pada siapakah terlebih dahulu Allah dahulukan pesanannya?
Pada hamba yang bergelar ar-Rijal
Kerana andai lelaki menjaga pandangannya
Maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah bagi dirinya
Dan tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita agar memelihara auratnya
Kerana disitulah kehormatannya…..
Sesungguhnya wanita yang beriman, 
yang solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh

Kenapa wanita itu menjadi peragaan??   
Tidakkah mereka merasa malu??

Al-haya’ (sifat malu) ada dalam sifat setiap insan.
Wujudnya seiring dengan nafas insan
Dan al-Haya’ itulah pakaian iman.
Pada diri wanita itu indah al-Haya’ sebagai pembenteng diri
Namun bila al-Haya’ itu lebur, imannya runtuh.
Kenapa mereka merelakan diri jadi pergaan??
Kerana mereka sebenarnya paranoid,
Merasakan diri belum cukup menarik
Mereka sebenarnya kalah dari segi psikologi
Wanita  solehah pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu
1001 keindahan penciptaan wanita, diatas dikau menilai
antara permata dan debu-debu kilauan pasir
Janganlah dikau gusar tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu….
Janganlah sekali-kali engkau merendahkan dirimu…
Menggugurkan diri… Menyembah bumi…
Sedangkan engkau sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatmu.....

No comments:

Post a Comment