Sunday, May 29, 2011

Teruskan Membaling Batu!!

Segar lagi dalam ingatan ini peristiwa masa tu. Bertegang leher aku mempertahankan pendapat aku. Sebenarnya aku ni bukan la nak menang sangat bila berdebat tu, tapi kali ni isunya betul-betul menaikkan emosi aku. Saja aku nak kangsikan perdebatan ni dengan korang mungkin ada antara korang yang sependapat dengan aku or kawan aku ni sama-sama kita fikirkan balik.

Peristiwa ni berlaku masa baru seminggu aku menghirup udara malaysia setelah hampir dua tahun aku tinggalkannya. Masa tu aku tengah semangat jumpa kawan-kawan kt perak. Ada yang datang ke rumah, ada yang aku pergi rumah dorang, ada yang sekadar jumpa minum-minum kat mamak, tak kisahlah jumpa kat mana pun point dia nak jumpa dan berbual kisah-kisah lama dan perancangan masa depan, itu saja.
Satu hari tu aku dah plan nak jumpa sorang kawan lama aku ni, bagi aku dia orang yang baik, kalau nak bandingkan dengan aku macam langit dan bumi, sejak dari sekolah lagi dia memang istiqamah dengan solat kt masjid lima waktu. Dari segi tu aku respect gila kat dia. Kalau ikut apa yang dia cakap sekarang ni dia kerja sebagai pegawai pertanian dengan FELCRA. Seronok rasanya tengak kawan-kawan seorang demi seorang nampak semakin maju dalam hidup.

Seperti dijanjikan kami pun jumpa kat masjid di seberang perak (changkat lada) lepas tu terus je cari kedai makan buat port sembang-sembang. Macam-macam kisah silam kami ungkitkan balik. Memang seronok bila ingatkan zaman sekolah dulu. Kami sama-sama duduk kat kerusi bahagian hujung sikit, nak privacy la konon-konon. 

Sembang punya sembang dari malaysia-yemen-mekah-madinah sampai la kat malaysia balik. Entah macam mana tiba-tiba dia tanya aku "kau tau tak sebab apa nabi banyak diturunkan dari orang-orang arab?" Aku pun tak berapa pasti sebenarnya apa jawapan yang tepat tapi aku jawab la mana ada banyak nabi dari arab, nabi yang berdarah arab setahu aku nabi ibrahim, ismail dan muhammad, itu sahaja. Kebanyakan nabi dari bani israel(yahudi). Aku dapat baca apa yang dia nak cakap ialah sebab orang-orang arab ni perangai buruk, suka bergaduh, panas baran dan macam-macam lagi la tabiat buruk yang ada kt arab ni. Mungkin ada juga kebenarannya, tapi bagi mereka yang pernah hidup dengan orang-orang arab, mereka pasti akan tau sebenarnya masyarakat arab memang layak menjadi bangsa nabi, mereka miliki apa yang kita tak pernah miliki. Aku bukan nak cerita pasal masyarakat arab untuk entry ni, insyallah akan datang aku akan kupaskan berkaitan orang-orang arab. Kali ni aku nak ceritakan berkaitan bumi islam palestin.

"Aku kesian tengak orang-orang palestin, mereka sama-sama mereka pun bergaduh, lepas tu sebok nak baling batu macam orang bodoh kat yahudi, budak-budak yang sepatutnya sekolah duduk kat jalan baling batu kat yahudi, apa faedahnya? boleh lawan ke batu dengan senjata canggih? dalam islam kita sepatutnya berperang dengan musuh kita sahaja bukan pada rakyatnya! ini rakyat yahudi yang tak salah pun kena jugak. macam mana la allah nak bg kemenangan kat mereka kalau cara perjuangan macam tu". Aku memang tak boleh terima!.

"apa yang engkau tau Zali?" nada aku sedikit tinggi. "kau sedap la cakap sambil minum teh ais, sambil makan mee goreng! macam-macam la kau boleh cakap, itu tak boleh ini tak boleh ! nun orang kt sana setiap hari dihujan dengan peluru! tengak depan mata keluarga kena bunuh! kakak dan adik perempuan dirogol! tanah hak dorang dirampas! time-time macam ni kau nak suruh dorang pergi sekolah? kau nak cakap dorang macam orang bodoh sebab guna batu je nak perang dengan yahudi? kau nak suruh dorang duduk diam-diam kat rumah tak payah buat apa-apa baru kau nak cakap bijak? pandai?" Aku semakin mendapat point.

"pernah tak seminit atau sesaat kita fikirkan macam mana nak bantu saudara kita kat sana? pernah tak kita tanya kat diri kita sendiri apakah sumbangan yang kita pernah bagi atau kita nak bagi kat dorang dari segi tenaga, harta atau sokongan moral? pernah!?. Aku tengak kawan tu dah macam sebesalah. Tapi aku still tak puas hati sebab dia boleh cakap orang-orang yang baling batu tu bodoh!.

"untuk pengetahuan kau, syeikh ahmad yasin lah suruh dorang berperang dengan yahudi walaupun dengan sebilah pisau yang ada di dapur, berperang dengan apa sahaja senjata yang ada walaupun dengan seketul batu yang kecil1!. Mungkin nampak bodoh, tapi seketul batu yang kecil tu jauh lebih bermakna dari yang tidur  lena di rumah melihat masjid  aqsa dirampas. Seketul batu yang kecil tu menanamkan kebencian kepada yahudi, menanamkan keberanian untuk melawan musuh allah ini.Mungkin hari ini mereka tak ada senjata untuk berperang dengan adil, tapi jika satu hari nanti mereka memiliki senjata mereka pasti berani berhadapan dengan yahudi laknatullah".. Aku menyambung."lagi satu israel tidak ada rakyat melainkan semuanya tentera! semua rakyat israel diberi latihan tentera lelaki dan perempuan."



"aku nak tanya kau, dan diri aku sendiri, dalam hidup ni dah berapa ribu kita belanjakan untuk enjoy?, agak-kau dah berapa ye kita belanja untuk islam? apa ye sumbangan kita untuk islam? kalau kita tak bantu islam pun allah akan datangkan satu kaum yg cintakan allah dan allah cintakan mereka bagi membantu agama allah ni. Apabila sampai masanya Islam tetap akan menang walaupun tanpa kita". 

Razali ni kawan baik aku masa sekolah dulu, dari sekolah lagi kami suka berdebat sebenarnya. Kadang-kadang aku yang menang tapi selalunya dialah yang menang. Kali ini dia setuju dan sedia untuk menyokong perjuangan kanak-kanak islam untuk teruskan membaling batu dia palestin. 

1 comment:

  1. hurmm,,,aku sokong mus...betul gak ape mus cakap "seketul batu yang kecil tu jauh lebih bermakna dari yang tidur lena di rumah" at list berusaha untuk mempertahankan tanah air sendri... kalau malaysia jadi mcm gtu,, sggup ke kita tdo lena kat rumah... tetibe je tentera masuk rumah dan tembak... ya allah jauhkanlah segala acaman buruk berlaku di Malaysia ini...

    ReplyDelete