Wednesday, August 24, 2011

Ujian Ramadhan Yang Dasyat

Tak tahu la macam mana nak mula cerita, tapi bagi aku pengalaman ini betul-betul terasa diuji dengan ujian yang sangat mencabar jiwa dan emosi. Aku terduduk melihat qada’ dan qadar menghampiriku, mungkin untuk menguatkan iman yang semakin goyah, mungkin juga mengajar aku erti sabar dan tawakkal. Aku mulai belajar redha

Peristiwa ini bermula di KL, aku pergi ziarah kawan-kawan yang duduk di sekitar KL dan sorang kawan aku di icu hospital di Klang kerana kencing tikus. Dua hari selepas aku menziarahi dia, aku dapat berita dia meninggal dunia. Innalillahi waninna ilaihi raji’un dari Allah kami datang kepada Allah kami kembali. Tentang sahabat aku tu insyaallah next entry aku akan tuliskan dan akan letakkan beberapa keeping gambar sebagai kenangan. Hari ini aku nak ceritakan tentang ujian yang menimpa aku sendiri.


UJIAN PERTAMA

Jumaat 12.08.2011, 0330pm aku siap-siap untuk balik semula ke JB setelah hampir seminggu di sana. Selesai solat jumaat kawan aku hantar aku kat station komuter UKM. Memang full dan sangat padat sampai aku susah nak bernafas pun susah dalam KTM menuju ke KL sentral. Kemudia dari KL sentral menuju ke Shah Alam.

Aku dah janji dengan kawan aku Farid nak berbuka sama, lepas tu suruh dia hantar aku kat station bas sesyen 17je. Masa dalam perjalanan ke Shah Alam, aku dah mula rasa tak sedap hati, risau kena curi wallet sebab aku letak kat belakang, then aku ubah letak kat poket tepi sepoket dengan henfon. Sesekali aku pegang poket untuk make surekan wallet aku masih ada. Dalam keadaan sesak dan sedikit tolak menolak, aku rasa vibrate henfon bergetar2 mintak aku baca msg dari Farid. Sangat cuak dan terkejut masa aku nak ambil hanfon kerana aku dapati wallet yang aku letak sekali dengan henphon hanya tinggal henfon je. Aku mencari-cari macam orang gila, memang tak ada!.

0500pm aku sampai di Shah Alam. Aku terus msg Farid mintak tolong dia cepat sikit sebab aku nak buat report polis dan nak pinjam talifon balai untuk kol maybank block kad ATM tu sebab aku memang jarang ada creadit.

 ini report polis yang aku buat di ipd shah alam, lihat waktu aku report, waktu yang sama aku buat panggilan ke maybank untuk sekat kad ATM aku

UJIAN SUSULAN(DASYAT)

Pasir Gudang 17.08.2011 0430pm. Aku terima sepucuk surat dari maybank, aku fakir mungkin surat pemberitahuan kad aku sudah di block rupanya pemberitahuan duit akaun aku RM 5000.00 telah dikeluarkan.


Tergamam! Terkedu! Terduduk! Aku baca surat tersebut, aku baca berulang-ulang mengharap perubahan dalam surat itu. Aku terus buat pengilan ke maybank bertanya tentang surat tersebut ternyata duit aku telah dikeluarkan. Duit untuk tambang dan yuran aku belajar di Yaman. Aku sangat-sangat memerlukan duit itu ketika ini. Kawan-kawan aku ramai yang akan balik semula ke Yaman selepas raya ini. Aku terus naik kebilik dan kunci pintu. Aku menangis dengan menutup bantal di mulut supaya tak didengar orang terutama mak aku. Aku menangis sambil merayu-rayu dengan Allah supaya pulangkan duit tu, aku menangis minta Dia tolong aku, aku menangis sambil istighfar. Aku kawan suara supaya tak ada orang boleh dengar. Mak aku takboleh tahu! Aku tekad untuk rahsiakannya dari mak aku kerana aku khuatir dia akan terkejut dan sakit atau akan marah aku kerana cuai dan sebagainya. Mak aku akan mengerjakan haji pada awal bulan 10 ni so aku tak nak dia susah hati, biar dia pergi tanpa membawa masaalah aku bersama.

Malam ini aku tak dapat tidur, memikirkan jalan untuk mencari duit dengan cepat, sesekali aku terasa nak merompak, sesekali aku rasa nak terjun banggunan. Berkecamuk kepala aku. Dalam hati aku mengeluh macam mana nak balik yaman. itulah satu-satunya duit tambang dan yuran pengajian aku di sana.

18.08.2011 aku pergi maybank untuk melihat transaksi terakhir dan bertanya apa yang harus saya lakukan. Pihak bank beri kesemua dokumen yang aku perlu untuk diberi kepada polis, seorang pegawai bank menasihati aku supaya bersabar dan mengingatkan supaya jangan sesekali gunakan no ic pada pin kad, sangat bahaya!. Pihak bank juga berlepas tangan kerana ini kecuaian aku sendiri.

 sila perhatikan time pencuri ni amik duit aku, lewat beberapa minit je lepas aku blok kad tu

Aku membuat laporan polis tentang kehilangan duit di balai polis Johor Jaya. Menurut mereka kes aku ini habis disini sahaja.

Bersambung~

1 comment:

  1. yaallah...mus.... sedihnye aku dengar... so mcmane kau nak balik blaja nie? duit keje ke tu? or duit biasiswa?

    ReplyDelete