Tuesday, August 31, 2010

KISAH KAKI BANGKU

Kata orang lelaki dan bola tidak boleh dipisahkan. Bola telah menjadi sebahagian dari kehidupan lelaki. Sangat memalukan jika lelaki tidak boleh bermain bola. Pandai main bola bukan sahaja boleh bermain di padang tetapi kenal dengan semua pemain-pemain dunia yang handal. Pemain-pemain bola semuanya dibibir mereka. Cakap saja saiapa? Dari club mana? Jersey nombor berapa? Sumua akan dihafal satu persatu. Bagi mereka yang tidak tahu mungkin paling layak digelar ‘kaki bangku’. Jika ada 1000 orang lelaki MUNGKIN 10 orang saja yang tidak tahu apa-apa pasal bola, dan yang 10 orang itulah ‘kaki bangku’. Saya adalah salah seorang dari yang 10 itu. Malu…


 Dari sekolah rendah lagi saya kurang berminat dengan permainan ini. Bukanlah tak main langsung,main jugak, cuma main sekadar riadah waktu petang atau sekali sekala kawan ajak main futsal di waktu malam.Teringat masa di asrama dulu, hampir setiap petang saya turun ke padang. Sepanjang setahun bermain sekali pun saya tidak pernah sumbatkan bola ke tiang goal! Walaupun lawan saya adalah budak-budak kecil. Tugas saya selalunya sebagai keeper atau defend. Bila menjadi keeper saya takut dengan bola yang datang, bila menjadi defend pula pantang dapat bola tanpa tengak kiri kanan terus saja shoot bola ke depan takut pegang bola lama-lama, itu pun kalau rezki saya dapat bola yang datang, tapi selalunya takde rezki. Pernah juga saya excited dapat bola terus saya shoot sampai goal!! Saya terus menjerit seronok, semua kawan-kawan PANDANG PELIK, rupanya saya goalkan di tempat sendiri!. Malu…

Selepas tamat STPM dulu, saya kerja sementara di jusco johor. Satu malam selepas habis kerja kawan-kawan kerja ajak lepak di kedai mamak tengak bola, saya lupa club apa yang lawan malam itu. Tengah sedap-sedap makan roti canai, kawan saya menjerit kerana pasukan kegemaran mereka dapat menggoalkan bola. Mereka nampak seronok! Saya? Masa itu tak tahu nak buat expression muke macam mana, terpaksa buat-buat seronok. Kami sambung tengak perlawanan itu sambil menikmati roti canai, kali ini semua menjerit sebaik melihat pemain idola mereka menghampiri tiang goal, tanpa berfikir saya terus menjerit bersama mereka “smart r Rooney bawak bola”, (dialah satu-satunya pemain bola yang saya tahu) mungkin jeritan saya paling kuat. Ketika itu saya dapat rasakan sesuatu yang PELIK, apa tidaknya semua orang PANDANG PELIK ke arah saya. Salah satu rakan bersuara “ko tengak bola ke tak ni? Main sebat je, Rooney dengan ronaldinho jauh beza bang!,Rooney tak main malam ni!”. Malu…













Baru-baru ini selepas berbuka puasa saya dan beberapa orang rakan berbual macam-macam topic, entah macam mana boleh masuk bab bola pulak! Biasalah orang lelaki kan.  Mereka seronok sangat cerita tentang pertukaran beberapa pemain akhir-akhir ini. Saya pun tak tahu siapa yang bertukar, dari club mana ke club mana, malas ambil peduli!. “eh Ali alhabsi tu orang islam kan? “ seorang dari rakan saya membuka soalan kepada sesiapa yang ingin menjawab. “mestila islam nama pun Ali, dia tu orang Habsyah, dia tu main not bad la, free kick dia pon cantik, aku tengak dia banyak main kaki kiri!”laju saya menjawab. Semua yang ada terus PANDANG PELIK kearah saya. Oh tidak!! Nampaknya saya termalu lagi. Rakan-rakan yang ada terus ketawa “Ali alhabsi ni goal keeper la”kata seorang kawan saya. Malu..



Saya bertekad tak nak lagi BUAT BIJAK pasal bola lepas ni. biarlah mulut ini tertutup dari mulut kawan-kawan terbuka ketawakan saya dengan PANDANGAN PELIK!!

No comments:

Post a Comment