Saturday, August 14, 2010

RINDUKAN UMI

Cacatan ini telah saya tuliskan pada blog saya sebelum ini pada november 26 2009. Saya sengaja menyiarkan semula bagi  menceriakan blog baru saya ini.


          Saat ini saya benar-benar rindukan keluarga terutama umi, mungkin kerana emosi aidil adha. Mereka juga begitu agaknya. Kami berhubung hanya mengunakan ym kerana kos untuk menalifon sangat tinggi ada juga yang murah tetapi menyakitkan hati sahaja, mereka dengar suara saya tetapi saya tidak dengar suara mereka dan kadang-kadang sebaliknya pula. Umi orang lama, orang kampong pula tu memang tidak berapa pandai mengunakan computer bahkan mengunakan henset hanya pandai call dan massage sahaja. Hanya model nokia jenis n1110i yang dia boleh guna kalau bagi jenis selain dari itu dia pasti akan garu kepala. Teringat masa mula-mula dulu ketika umi baru hendah belajar menggunakan henset, kami adik beradik hampir-hampir putus asa untuk mengajar, umi juga hampir- hampir putus asa untuk belajar. Saya akan ketawa seorang diri  bila ingatkan gelagat umi ketika itu. Kami adik beradik tidak ada yang terkecuali mendapat massage kosong dari umi ketika dia belajar menulis massege. Kali  ini umi sekali lagi terpaksa belajar menggunakan teknologi untuk berhubung dengan saya yang jauh di timur tengah ini. Saya tidak tahu bagaimana  kakak saya mengajar umi sehingga boleh mengunakan internet untuk berhubung dengan saya. Mungkin kerana kakak saya seorang guru dan dia tahu teknik-teknik mengajar, tetapi saya tidak dapat bayangkan bagaimana lucunya umi belajar mengunakan komuter. Beberapa hari yang lalu umi beli wabcam supaya saya dapat melihat umi dan keluarga tercinta tapi malangnya wabcam itu belum boleh digunakan sampai hari ini kerana line yang bermasaalah. Saya pernah Tanya umi “ umi rindukan Ja tak?” “rindu, umi tido sekarang guna selimut Ja, lepaslah rindu sikit kat Ja” jawab umi. Saya baca teks ym itu dengan kepiluan, betapa rindunya umi kepada saya.  “umi tak menyesal ke hantar Ja belajar sini? sebab kos kat sini tinggi, belanja bulanan Ja 400 ringgit”  “ja jangan risau pasal duit, rezki Allah Taala bagi” jawab umi, sekali lagi rasa pilu dan ingin menangis tetapi saya ini jenis lelaki sejati yang susah sangat untuk keluarkan air mata, yang hairannya saya boleh menangis bila menonton drama korea atau jepun yang sedih. Pernah juga saya bertanya  “umi nak Ja jadi apa? Jadi ustaz ke?” “jadi apa pun tak apa asalkan Ja jadi orang berguna.” Jawapan-jawapan umi selalu bagi saya terharu, “insyaallah tahun depan umi bela anak cikgu tiga orang, duit upah tu umi nak simpan untuk tambang Ja balik Malaysia.” Tidak ada kata yang layak untuk saya balas teks umi itu dan saya terus bertanya tentang hal yang lain. Umi banyak bekorban untuk kami anak-anaknya. Saya sangat merindui umi, tidak sabar rasanya mnunggu pulang ke tanah air, akan saya peluk erat tubuh tua umi melepaskan rindu yang mendalam. kepada umi serta adik beradik di tanah air selamat menyambut aidil adha.  Terima kasih Allah kerana anugerahkan umi kepada saya . Wallahualam..

No comments:

Post a Comment