Thursday, August 26, 2010

MAKSUD ISLAM

Ramai yang keliru tentang maksud dari perkataan Islam. Ada yang berpendapat Islam itu berasal dari perkataan salam ســـــــلام yang bermaksud sejahtera/aman  atau selamat. Saya sendiri berpendapat sedemikian ketika dahulu. Alhamdulillah kini saya telah belajar dan faham sedikit tentang maksud sebenar Islam . Islam berasal dari perkataan istislam  استســــــلام  yang membawa maksud menyerah atau mengalah.

Islam bukan agama yang lemah untuk mengalah atau menyerah pada musuhnya tetapi di sini istislam atau menyerah bermaksud kita menyerah diri dan jiwa kita kepada Allah. Setiap perintah dan larangan Allah umat islam bukan sahaja mengerjakannya malah tidak mempertikaikannya. kita menyerahkan diri kita bulat-bulat kepada yang maha mencipta . Allah memerintahkan kita bersolat, puasa, mengerjakan haji, membayar zakat, berjihad apabila sampai seruan dan sebagainya kita akur dan menerima setiap arahannya. Allah juga melarang kita membunuh, mengumpat, berjudi, minum arak, berzina  dan sebagainya lalu kita tinggalkan itulah maksud sebenar perkataan Islam.


Ramaikah di antara kita yang menyerahkan diri untuk agama suci ini? Saya ingin mengajak diri saya dan kawan-kawan pembaca untuk sama-sama mewakafkan diri kita dalam islam. Kita sama-sama bersedia menghadapi setiap perintah Allah sama ada perintah itu susah atau senang, dalam keadaan untung dan rugi, samaada kaya atau miskin, bila lemah dan bila kuat, ketika sakit dan sehat. Kita sahut setiap panggilan agama. Jika agama melarang kita tinggalkan! Jika agama menyuruh, kita laksanakan! Kita menyerah diri kepada Allah bukan manusia! Kita meminta dari Allah bukan makhluknya.  Jangan kita peduli apa orang kata! Kita lihat apa Allah kata! 

Sahabat-sahabat R.Atelah membuktikan kekuatan mereka kepada dunia apabila mereka lemah disisi Allah dan menyerahkan diri mereka kepada agama. Mereka menjadi raja di dunia apabila mereka menjadi hamba kepada Allah. Mereka adalah contoh teladan kita hasil didikan Islam.

Semoga kita mendapat pengajaran dari maksud perkataan Islam dan mengamalkannya. Wallahualam


No comments:

Post a Comment